Never Die Untill Death

Followers

Tuesday, September 6, 2011

Pelakon 'Winter Sonata' Bunuh Diri !

Park Yong-ha

Seorang pelakon dan penyanyi popular Korea Selatan ditemui mati hari ini, dipercayai membunuh diri, menurut polis dan laporan media.

Agensi berita Yonhap melaporkan Park Yong-ha, 33, menggantung diri di kediamannya di Seoul.

Seorang pegawai Seoul Metropolitan Police Agency memberitahu The Associated Press, Park ditemui tergantung dengan wayar pengecas bateri telefon bimbitnya. Namun, polis masih menyiasat punca sebenar kematian beliau.

Park mula menampilkan diri pada akhir 1990-an dan pada 2002 membintangi drama bersiri 'Winter Sonata' yang diikuti ramai penonton di Jepun dan Asia Tenggara.

3 comments:

fiqasaiful said...

betul ke berita nih??tp ramai jgk actor korea sllu bunuh diri

IZYAN KAHER said...

erkkkkk ? apakah ??
da macam trend dah main bunuh2 diri sendiri ni :((

~Nana 귀여운~ said...

jadah apa bunuh diri,,hishh, apa nak jadi ngan manusia kat sana...